Warta Gerak 41


Laila Sembah
Konsultasilat
Atraksilat
Demonstrasilat
Ekspedisilat
Duta Silat
UKA
Dokusilat
Belanja G41
Karya Kreatif
Puisilat
Online Gallery

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAILA SEMBAH, Salam Silat @ Adi Rusli

Assalamu‘alaikum …, / Salam Sejahtera, Kerabat Gerak 41,

ecara simboliknya pada masa Laman Web rasmi G41 katani dilancarkan http://www.silatbrunei.org 20hb. November, 1999 lalu sebenarnya tepat 41 hari saja lagi tinggal untuk kita memasuki new millenium. Sebelum mengembara ke alaf baru kita perlu satu senjata canggih disamping keris [ Siapa kata di era yang serba mungkin ani keris inda lagi relevan! Sebagai analogi lihat filem science fiction Star Wars - Episode I Jedi pakai Lightsaber (bentuk pedang) dan Sith pakai Double Lightsaber (bentuk tambong) ] iaitu internet. Itulah sebabnya kita melancarkan Laman Web tidak lain sebagai lambang dan alat kesiapsiagaan katani menghadapi tahun 2000. Sepanjang abad ini (tahun 1000 hingga 1999) nenek moyang katani telah menciptakan seterusnya mewariskan kepada kita satu sistem beladiri yang multi-dimensional, komprehensif cukup praktikal dan efektif. Pencak Silat dilatih di kampung-kampung seterusnya dibawa ke istana. Hari ini Pencak Silat makin mendunia dari Gelanggang Nusantara diangkat dan dikembangkan di Gimnasium atau Studio Pencak Silat seluruh dunia termasuk Asia terus ke Eropah juga Australia membawa ke Afrika hingga ke Amerika. Dan sekarang Silat yang malar dikaitkan dengan dunia mistik sudah berbaur dengan dunia elektronik, satu sisi yang tidak pernah terfikir oleh kita iaitu alam CYBER. Saban hari gelanggang SIBER bercambah terutamanya oleh aktivis Pencak Silat bukan Melayu.

Mereka lebih terkedepan mempromosikan Pencak Silat bahkan semakin baik pembawaannya. Salah satu faktor yang boleh diungkit ialah mereka menerima sistem beladiri Pencak Silat bukan setakat satu seni tradisional, tetapi diterimapakai secara teoritikal, akademik dan transparent. Satu fenomena yang makin ketara sekarang ialah mereka dapat bersilat lebih baik dari kita ! Jadi seperti yang sering diungkapkan lebih baik katani menjadi seorang FUTURIS (bukan tukang ramal) yang sentiasa melihat jauh ke hadapan mengambil suatu yang berharga dari masa depan untuk menerangi kehidupan masa kini. Bukan menjadi REVERSIONIS yang sentiasa melihat ke belakang, kagum dengan masa lampau. Jadi agar lebih konstruktif katani ciptakan, jelmakan dan hadirkan lagenda keperkasaan zaman silam dalam kehidupan hari ini sambil membalik cermin waktu melihat kemungkinan-kemungkinan di masa hadapan, agar terwujud persepsi yang jelas untuk kehidupan hari ini. Nah mulai hari ani fikir-fikir tah abiskita, macamana kan mengekalkan kependekaran orang Melayu jangan sampai qiblat pencak silat bertukar arah ke Barat! Jangan sampai untuk menumpahi ambuyat katani terpaksa belajar di restoran Pizza Hut!!!

  • SEA GAMES

Untuk memberi komen mengenai SEA Games ani inda akan memadai lembaran warta G41 yang serba terhad ani. Terlalu banyak yang ingin diperkatakan. Katani berperanan dalam SEA Games melalui 2 jalur iaitu sebagai Jawatankuasa Tertinggi / Kerja dan sebagai Atlit Elit. Sebagai jawatankuasa G41 inda kurang 23 kali turun naik ke MPH meeting dan membuat persiapan. Pesilat G41 yang berjaya diserapkan sebagai atlit kebangsaan pula, pada peringkat saringan pertama ialah Hamidon, Hj. Seruji, Ali Hanafiah, Anuar, Zulazmi, Khairul Nasrin, Ak. Moksin, Gandam, Noraishah, Dk. Rosmahwati dan Jabaidah masing-masing bagi acara Jurus Tunggal, Jurus Wajib, dan Wira Sanggha. Namun kerana kancah percaturan politik dalam silat akhirnya hanya pasangan Hamidon & Hj. Seruji (Wira Sanggha) dan Dk. Rosmahwati & Noraishah (Jurus Wajib) yang terpilih menjadi skuad kebangsaan bagi SEA Games 99. Dalam konteks G41, SEA Games telah menampakkan;

  • Sejauh mana Persatuan dan Kesatuan PERSIB serta para aktivis Pencak Silat.
  • Keupayaan urang katani menyelenggarakan kejohanan.
  • Sistem kerja para penggerak utama Pencak Silat.
  • Pemikiran dan citarasa Pencak Silat urang-urang katani.
  • Sambutan masyarakat.
  • Konsep kejayaan.

Semua ani kalau dihuraikan macam-macam tembelang yang dapat dikubak tapi cukuptah katani ambil iktibar saja atau lihat sisi positifnya saja misalnya betapa perlunya katani terus berada di persada persilatan tanahair. Bahkan akan makin jelas betapa ulungnya katani sebagai sebuah perguruan utama yang telah menjadi pemangkin kepada badan induk iaitu PERSIB. Jadi tahun depan insya-Allah katani akan terus menjadi tulang belakang kepada PERSIB tetapi cuba bergerak sebagai “perguruan swasta” yang mampu berdikari! Mudah-mudahan dengan demikian kita akan dapat meninggalkan isu-isu klasik seperti pilih bulu, mementingkan diri, … sebaliknya menumpukan perhatian kepada pembangunan silat yang lebih perkasa dan raksaksa sifatnya.


Created and Maintained by Team Concepts Copyright © 2000