|
PENDAHULUAN
Gerakan awal persilatan ini dapat ditakahi seawal-awalnya
pada 15hb. Januari, 1981, dalam bentuknya yang sangat
sederhana, konvensional dan sekadar kesinambungan tradisi.
Pada 30hb. Mei, 1988 atas inisiatif beberapa orang guru
dan 10 orang pelatih perguruan ini telah didaftarkan
dan diterima menjadi ahli gabungan PERSEKUTUAN PENCAK
SILAT KEBANGSAAN BRUNEI DARUSSALAM (PERSIB) dengan nama
rasmi PERGURUAN SENI PANCAK SILAT GERAK 41 (Empat Satu).
Pancak Silat Gerak 41 ditimbang-terima
sebagi simbol perguruan dan nama kompromi. Kerana aktivis
awal dari perguruan ini melihat polemik nama dan asal-usul
persilatan yang selalunya kontroversial dan skeptis
itu sebagai fenomena “orang silat” yang harus dipistikan
dan dibinari secara bijaksana.
Maka bulatlah fikiran tentang ke arah mana
pembawaan perguruan ini, yang berpandangan dinamik dan
pragmatik. Impak daripada itu binaan sistem pengajaran
(instruksional) menjadi lebih unik dan terbuka iaitu dengan
menggalak dan melibatkan orang tua-tua yang pandai silat
agar sama-sama turun-tangan memeduli, memata-matai dan
mengelinga anak buah. Bermulalah pewarisan seni budaya
Pencak Silat beserta nilai-nilai murninya secara serius,
orientasinya mulai berubah, melangkah dan bergerak sebagai
sebuah organisasi dengan mengikut ketetapan-ketetapan
berikut:
|